Nadi Kidventure Topik Ubah Masalah Menjadi Peluang
11 Mei 2026 | Aktiviti TerkiniPada 10 Mei 2026, telah diadakan Tayangan Video Pembelajaran NADI Kidventure Topik “Ubah Masalah Menjadi Peluang” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi kedua bermula dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi.
Melalui topik ini peserta akan memahami bagaimana sesuatu masalah boleh dijadikan idea dan peluang perniagaan yang bernilai. Peserta akan didedahkan kepada kemahiran mengenal pasti keperluan masyarakat, berfikir secara kreatif serta mencari penyelesaian yang inovatif untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang bermanfaat. Modul ini juga menggalakkan sikap positif, daya saing dan semangat keusahawanan dalam menghadapi cabaran secara lebih bijak dan proaktif.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: